BERITA SEMASAPMX

PM Anwar beri dukungan penuh titah Sultan Selangor

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan rakyat Malaysia khususnya mereka yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di Malaysia.

“Merujuk kepada kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan agar dihormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di Malaysia, dan saya mendukung penuh kenyataan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Titah tersebut dikeluarkan susulan cadangan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, pihak bukan Islam boleh menulis kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dalam suasana yang harmoni dan beradab.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyifatkan kenyataan Koo Ham itu adalah satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa tersebut.

Menurut Loke, jawatankuasa itu ditubuhkan oleh MKI yang dipengerusikan Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertujuan menasihati majlis berkenaan dengan cadangan memperkasa bidang tugas Mahkamah Syariah.

Justeru, kata beliau, penubuhan jawatankuasa itu, termasuk keanggotaannya dan cadangan oleh jawatankuasa itu kelak akan dirujuk kepada MKI untuk dipertimbang dan bukan terus kepada Kabinet.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button