Identiti mangsa keempat kemalangan maut di Sepanggar dikenal pasti
KOTA KINABALU – Identiti mangsa keempat yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Viva, lori dan beberapa kenderaan lain di Jalan Sepanggar, awal pagi Ahad, sudah dikenal pasti.
Mangsa ialah Junior Allyson Julius, 20, manakala tiga lagi mangsa yang maut ialah Ryanniel Robin, 23, Nicholas Thomas, 24, dan Axelord Nigel Alexander, 21.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, siasatan awal mendapati Perodua Viva dipandu Ryanniel sedang dalam perjalanan dari arah Sepanggar menuju Indah Permai kira-kira jam 2.30 pagi.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan merempuh sebuah lori serta Perodua Aruz.
“Akibat rempuhan itu, lori terbabit terdorong ke hadapan lalu menghimpit sebuah van sebelum van berkenaan terlanggar Proton X50.
“Keempat-empat mangsa yang tersepit di dalam Perodua Viva kemudiannya dikeluarkan anggota bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Likas.
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk bedah siasat,” katanya lagi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








