BERITA SEMASA

Terjatuh dalam longkang berpaya sedalam 7 meter, lelaki selamat selepas langgar lori

KLANG – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila tercampak ke kawasan longkang berpaya sedalam 7.6 meter selepas kereta yang dinaikinya melanggar belakang sebuah lori dalam satu kejadian di sini awal pagi tadi.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 40 tahun itu selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan dalam insiden yang berlaku di Jalan Pelabuhan Barat Telok Gong itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa berjaya diselamatkan dalam tempoh dua jam.

“Seramai enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Indah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.14 pagi.

“Berdasarkan maklumat mendapati kemalangan melibatkan dua buah kereta jenis Perodua Aruz yang telah melanggar sebuah lori,” katanya, memetik laporan Kosmo! Online.

Tambah beliau, mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 4.12 pagi dengan mengalami kecederaan ringan.

Mangsa kemudian diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan untuk menerima rawatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button