Pelajar 8 tahun dilanggar kereta ketika melintas jalan
PUTRAJAYA – Polis Putrajaya mengesahkan kemalangan melibatkan seorang pelajar berusia 8 tahun dilanggar sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Presint 11(1), di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.45 petang tadi.
“Siasatan awal mendapati, mangsa sedang berjalan dari laluan pejalan kaki di sebelah Blok C, Apartment Zon 6B melintasi jalan P11J/1 untuk ke sekolah berkenaan.
“Bagaimanapun, mangsa dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita tempatan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Berikutan kejadian, mangsa mengalami kecederaan retak di bahagian belakang, luka di bahagian belakang, lutut sebelah kanan, dan bengkak di peha sebelah kiri.
“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan,” katanya lagi.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) APJ 1987.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








