Berita Semasa

Kanak-kanak cedera kemalangan di hadapan sekolah

PUTRAJAYA – Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun cedera setelah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya, petang tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima laporan kejadian melibatkan kereta jenis Perodua Alza itu kira-kira pukul 4.55 petang tadi.

“Sebaik menerima laporan, sepasukan bomba dengan kekuatan sembilan anggota daripada BBP Presint 7 dihantar ke lokasi bersama sebuah jentera LFRT dan tiga buah motosikal Unit RIM,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, sebentar tadi.

Menurut Komander Komander Operasi, PBK II Ismail bin Mustafa, seorang kanak-kanak mengalami kecederaan akibat daripada kemalangan tersebut.

“Orang awam yang berada di lokasi kejadian telah bertindak dengan mengeluarkan mangsa dari bawah kenderaan dengan menterbalikkan kenderaan itu sebelum pasukan bomba tiba.”

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pegawai perubatan KKM (Kementerian Kesihatan) bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” kata hantaran tersebut.

Kerja-kerja pembersihan lokasi kejadian telah dijalankan oleh pasukan bertugas dengan menggunakan aliran salur bantu mula daripada pam jentera sehingga selesai.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.29 petang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button