JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki maut kereta terbabas, terjunam dari tebing

SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu terjunam ke bawah tebing setinggi 200 meter di Kilometer 267.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 9.58 pagi.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 telah tiba di lokasi jam 10.20 pagi dan mendapati sebuah kereta jatuh ke bawah tebing setinggi 200 meter.

“Terdapat seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan itu dan difahamkan kereta dipandu terbabas melanggar besi penghadang jalan sebelum jatuh ke bawah tebing,” katanya.

Mangsa, Lee Quan Yao, 22, yang tersepit di dalam kereta jenis Honda Accord disahkan meninggal dunia di lokasi.

Pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan telah dibawa naik menggunakan pengusung.

Tambahnya, anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan jasadnya telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button