Dua sahabat maut, basikal dirempuh kereta ketika latihan konvoi ke Thailand
KOTA BHARU – Dua sahabat maut selepas basikal yang ditunggang mereka ketika menjalani latihan bagi menyertai konvoi berbasikal ke Thailand minggu depan dirempuh sebuah kereta di Kilometer 18, Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dekat Ketereh, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, Zamri Rismawadi Mahmat, 50, dan rakannya berusia lingkungan 40-an meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Kereta terbabit dipercayai terbabas ketika cuba memotong kenderaan lain sebelum merempuh kedua-dua mangsa.
Abang kepada Allahyarham Zamri Rismawadi, Zamri Risman, 52, berkata, beliau menerima berita mengenai kejadian menimpa adiknya pada pukul 10.45 pagi ketika menghadiri Majlis Perasmian Muktamar PAS di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, Pengkalan Chepa.
Katanya, beliau yang merupakan perwakilan dari Selangor terus bergegas ke lokasi kejadian, namun jenazah adiknya telah dibawa pihak polis ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
“Saya terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengannya kerana baru sampai ke Kelantan malam tadi. Saya memang berhajat untuk bertemu Allahyarham Zamri Rismawadi kerana kami sudah dua bulan tidak bertemu mata.
“Difahamkan, arwah adik sedang dalam sesi latihan menunggang basikal sebagai persiapan untuk menyertai konvoi berbasikal ke Thailand pada minggu depan,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.
Zamri Risman berkata, Allahyarham adiknya bekerja di HRPZ II dan tinggal bersendirian di rumahnya di Kampung Rupek, Pasir Hor, di sini selepas berpisah dengan isterinya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








