Polis siasat kemungkinan pemandu lori menggunakan telefon bimbit
PUTRAJAYA – Polis akan menyiasat kemungkinan pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan di Persiaran Utara di sini pagi tadi menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan akan dilakukan dengan mengambil kira punca pemandu berusia 25 tahun itu gagal memperlahankan kenderaan dipandunya bagi mengelak kemalangan.
Sedangkan beliau berkata, pemandu berkenaan mengakui lori yang dipandu berada dalam keadaan baik ketika kejadian.
“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lori berubah haluan dari tengah ke kiri dan melakukan rempuhan, dia (pemandu lori) ada peluang berhentikan treler kerana kenderaan lain telah berhenti.
“Kita jangka (punca kejadian) mungkin dari segi teknikal lain atau main telefon,” katanya ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi tadi, dua penunggang motosikal maut apabila sebuah lori pasir merempuh sekatan polis bagi laluan konvoi
anggota trafik Le Tour de Langkawi (LTdL) .
Ditanya mengenai identiti mangsa maut dalam kejadian itu, Asmadi berkata pihaknya akan mendedahkan maklumat selepas mangsa disahkan oleh waris.
Selain itu katanya, polis juga akan memohon reman pemandu itu dan melakukan ujian air kencing.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








