BERITA SEMASADALAM NEGERI

Jambatan Seri Wawasan ditutup sepenuhnya untuk penyelenggaraan

PUTRAJAYA – Laluan dari Core Island ke Presint 8 di sini melalui Jambatan Seri Wawasan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan dan dijangka dibuka semula Isnin ini memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian expansion joint.

Penutupan penuh ini akan berlangsung setiap malam dari jam 8.00 malam hingga 5.00 pagi sepanjang tempoh tersebut.

Menurut kenyataan Perbadanan Putrajaya, penutupan sementara itu adalah sebahagian daripada usaha penyelenggaraan berkala bagi memastikan struktur jambatan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan optimum untuk kegunaan orang ramai.

Laluan dijangka dibuka semula kepada orang ramai pada Isnin ini.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif ke Presint 8 bagi mengelakkan kesesakan akibat lencongan jalan.

Pihak berkuasa turut mengingatkan semua pemandu agar mematuhi papan tanda keselamatan serta arahan kakitangan bertugas bagi memastikan kelancaran dan keselamatan trafik di kawasan terbabit.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada dan bersabar sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button