LUAR NEGARA

Pencipta bersama permainan Call of Duty meninggal dunia akibat kemalangan

CALIFORNIA – Pencipta bersama siri permainan video popular Call of Duty, Vince Zampella, dilaporkan meninggal dunia dalam satu kemalangan pada usia 55 tahun.

Kematian Zampella disahkan oleh Electronic Arts, lapor BBC.

Ketika kejadian, Zampella dipercayai menaiki sebuah kereta Ferrari bersama seorang lagi individu apabila kenderaan berkenaan terbabit dalam kemalangan lalu terbakar di lebuh raya di Los Angeles, kelmarin.

“Ini satu kehilangan yang amat besar dan hati kami bersama keluarga Vince, insan tersayangnya, serta semua yang tersentuh oleh hasil karyanya,” kata jurucakap Electronic Arts kepada BBC.

Menurut pihak berkuasa, kemalangan tersebut menyebabkan penumpang di tempat duduk hadapan tercampak keluar manakala pemandu kereta itu terperangkap di dalam kenderaan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Zampella yang memandu kereta tersebut dan identiti individu kedua itu juga masih belum diketahui.

Kedua-dua individu di dalam kenderaan berkenaan disahkan meninggal dunia.

“Buat masa ini punca sebenar tidak diketahui, kenderaan tersebut dilaporkan terbabas keluar dari laluan, melanggar penghadang konkrit dan terbakar sepenuhnya,” menurut kenyataan California Highway Patrol (CHiP).

Mendiang Zampella mencipta Call of Duty pada tahun 2003 bersama rakan kolaborator lamanya, Jason West dan Grant Collier.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button