JaPen Negeri Sembilan nafi poster tular Majlis Menghadap Sembah Takzim
SEREMBAN – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Negeri Sembilan menafikan menerbitkan poster Majlis Menghadap Sembah Takzim yang memaparkan penggunaan logo jabatan itu tanpa kebenaran.
Dalam satu kenyataan, JAPEN Negeri Sembilan menegaskan penggunaan logo jabatan pada poster berkenaan dibuat tanpa kebenaran.
“Poster yang memaparkan logo JAPEN Negeri Sembilan ini bukan dikeluarkan atau diterbitkan oleh JAPEN Negeri Sembilan. Penggunaan logo jabatan pada poster tersebut adalah tanpa kebenaran,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, JaPen Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai supaya tidak menganggap poster berkenaan sebagai hebahan rasmi pihaknya.
Orang ramai turut diminta merujuk saluran rasmi jabatan itu bagi mendapatkan maklumat yang sahih.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


