BERITA SEMASA

Remaja hilang di Bukit Changkat Asa ditemukan meninggal dunia

HULU SELANGOR – Nur Izzati Humaira Azizul, remaja yang dilaporkan tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu, disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemukan tengah hari ini.

Sebelum ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan Nur Izzati Humaira yang masuk hari keempat telah dimulakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat pada pukul 8 pagi tadi, lapor Bernama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu Azliza Ahmad berkata, skop pencarian telah diperluas ke kawasan seluas 0.57 kilometer persegi, dengan fokus utama diberikan pada laluan sepanjang kira-kira 800 meter di bukit berkenaan.

“Pasukan SAR turut membuat pencarian dalam jarak 50 meter ke kiri dan kanan laluan ke puncak bukit berkenaan dan turut membuat flushing di kawasan yang telah dicari semalam, bagi memastikan mangsa tiada di situ,” katanya di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di sini hari ini.

Jenazah mangsa akan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button