BERITA SEMASA

ADUN Jepak meninggal dunia

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak di Bintulu, Datuk Talib Zulpilip meninggal dunia, hari ini pada usia 72 tahun akibat komplikasi buah pinggang.

Talib yang juga bekas Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Integriti dan Ombudsman) menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Rawatan Pakar Normah, Kuching pada jam 5.50 petang, Jumaat.

Talib dimasukkan ke hospital berkenaan pada Khamis sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada petang Jumaat.

Turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.

Bagaimanapun, kerajaan Sarawak belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Untuk rekod, Talib, menjadi ADUN Jepak selama enam penggal meninggal dunia dua hari selepas sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-72 iaitu pada 13 September.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button