JENAYAH & MAHKAMAH

Suspek tikam isteri meninggal dunia

JEMPOL – Seorang lelaki yang disyaki menikam isterinya dengan pisau dalam kejadian di sebuah rumah flat di Bahau kelmarin, meninggal dunia awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, suspek berusia 32 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Jempol pada pukul 3.06 pagi tadi.

Katanya, lelaki tersebut meninggal dunia disebabkan radang paru-paru akibat keracunan ammonia.

“Dia telah mendapat rawatan awal di Hospital Jempol pada hari yang sama suspek menikam isterinya. Polis ke Hospital Jempol kira-kira jam 5.30 petang kelmarin untuk mengesahkan keberadaan suspek di hospital.

“Suspek ketika itu dalam keadaan separuh sedar ketika menerima rawatan awal di bahagian kecemasan Hospital Jempol,” katanya ketika mengesahkan laporan, hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, suspek telah menikam isterinya,30, di bahagian rusuk kiri dengan pisau sebanyak dua kali selepas berlaku selisih faham antara mereka di rumah berkenaan pada kira-kira pukul 8 pagi.

Mangsa kemudiannya menerima rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ampuan Najihah,Kuala Pilah manakala suspek melarikan diri sebaik kejadian ke sebuah kebun durian di Jelebu.

Suspek yang bertindak minum racun rumpai kemudiannya dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan dan pemerhatian lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button