JENAYAH & MAHKAMAH

Remaja dakwa dirogol selepas dipaksa hisap vape

KUALA LUMPUR –  Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun mendakwa dipaksa menghisap rokok elektronik (vape) oleh seorang lelaki sebelum tidak sedarkan diri dan dipercayai menjadi mangsa rogol.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah residensi di Petaling, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5 pagi.

“Mangsa mendakwa dipaksa suspek menghisap vape sebelum tidak sedarkan diri.

“Dia hanya tersedar kira-kira pukul 7 pagi dan mendapati tidak berpakaian,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Hoo berkata, mangsa turut mengalami kesakitan pada bahagian kemaluan selepas tersedar, menyebabkan dia mengesyaki dirinya telah dirogol.

Susulan laporan itu, polis kini sedang mengesan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan merogol.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button