JENAYAH & MAHKAMAH

Warga asing berdepan pertuduhan rogol wanita warga emas

SANDAKAN – Seorang lelaki warga asing didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan merogol seorang wanita warga emas berusia 61 tahun di Batu 7, Mac lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh Alimanja Arioski, 19, di sebuah rumah pada pukul 1.30 pagi, 21 Mac lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menceroboh rumah mangsa, mengugut, merogol serta melarikan harta benda milik wanita tersebut.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Mahkamah Sesyen.

Hakim Roslinda Razali menetapkan 27 Julai ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jasmin Walter, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semalam, di mahkamah sama, Roslinda menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan lapan sebatan terhadap tertuduh selepas didapati bersalah dalam satu lagi pertuduhan membabitkan kejadian sama iaitu merompak serta mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu berjalan dari tarikh tangkap pada 21 Mac lalu serta mengarahkan tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia selepas selesai menjalani hukuman.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button