Lelaki warga emas tinggal sendirian meninggal dalam kebakaran
KOTA BHARU – Seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun ditemukan meninggal dunia selepas rumah dua tingkat yang didiaminya di Pasar Gok Kapor, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, terbakar malam tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Ridzuan Baharudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.43 malam.
Menurutnya, seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, BBP Kota Darul Naim dan BBP Pengkalan Chepa dikejarkan ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal berukuran kira-kira 30 kaki panjang dan 50 kaki lebar.
“Rumah berkenaan dianggarkan 95 peratus musnah dan seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik air,” katanya dalam satu kenyataan.
Ridzuan berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.24 malam, namun operasi memadamkan sepenuhnya kebakaran masih dijalankan.
Katanya, mayat mangsa yang terperangkap di dalam rumah masih belum dapat dikeluarkan dan pihak bomba sedang berusaha membawa mangsa keluar dari lokasi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








