Warga emas tunggang basikal elektrik maut dirempuh kereta
JEMPOL – Seorang lelaki berusia 85 tahun yang menunggang sebuah basikal elektrik maut dalam perlanggaran dengan sebuah kereta di Kilometer 5, Jalan Bahau-Kemayan, di sini semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hoo Chang Hook, kemalangan dipercayai berlaku apabila seorang wanita berusia 55 tahun yang memandu kereta bersendirian sedang dalam perjalanan pulang ke Ladang Gaddes dari Bahau sekitar pukul 5.50 petang.
“Sebaik tiba di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 2, seorang lelaki warga emas yang menunggang basikal elektrik tiba-tiba muncul dari sebelah kiri jalan.
“Mangsa dipercayai cuba menyeberang ke sebelah kanan jalan menuju ke arah Taman Sri Mahsan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, pelanggaran berlaku pada bahagian kanan basikal elekrtik berkenaan, menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan muka, lalu meninggal dunia di tempat kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau berbahaya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















