JENAYAH & MAHKAMAH

Remaja mengaku bersalah penyebab 3 maut di Senawang

SEREMBAN – Seorang remaja lelaki bawah umur yang terlibat dalam kemalangan maut meragut tiga nyawa di Senawang pada Mac lalu menukar pengakuannya kepada bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Remaja berusia 17 tahun yang memandu kereta Honda Jazz secara berbahaya itu, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah semasa prosiding pengurusan kes, memetik laporan Kosmo! Online.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh keputusan hukuman bagi membolehkan penyediaan laporan akhlak dan fakta kes, memandangkan tertuduh diklasifikasikan sebagai pesalah muda.

Tertuduh hadir ke mahkamah berkerusi roda bersama peguam bela, Arif Azmi yang mewakili pihak pembelaan pada prosiding hari ini.

Terdahulu, pada 22 April lalu, remaja berkenaan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan.

Tangkap layar video menunjukkan seorang ibu pengsan selepas mengetahui anaknya meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.

Peguam yang mewakilinya ketika itu, Johan Radzi turut mengemukakan permohonan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Pada 6 Mac lalu, media melaporkan tertuduh memandu sebuah kereta Honda Jazz secara berbahaya hingga menyebabkan ia gagal berhenti di lampu isyarat berwarna merah sekali gus melanggar dua buah motosikal yang datang dari arah kiri.

Kejadian berlaku di Matahari Height, Persiaran Senawang 1.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button