
BERITA SEMASA
3 muslimat PAS maut dirempuh kereta
KUALA LUMPUR – Tiga muslimat PAS meninggal dunia selepas dirempuh kenderaan ketika sedang membantu mangsa kemalangan lain di Behrang, Perak.
Ketiga-tiga mereka yang merupakan muslimat PAS kawasan Sungai Petani ialah Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan, Taibah Sulaiman; Ketua Ameerah kawasan, Nor Fatihah Nabilah Sukri dan Penolong Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan, Najihah Amzi.
Menurut Facebook PAS Merbok, kesemua mangsa ketika itu hendak menolong mangsa yang berada dalam sebuah kereta yang terbalik.
“Depa berhenti nak tolong kereta (merah) terbalik, tiba-tiba dirempuh dari belakang oleh kereta putih.
“Kejadian berlaku ketika dalam perjalanan pulang daripada Muktamar PAS Pusat di Shah Alam,” tulisnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















