POLITIK

Tindakan tiga bekas ADUN Perlis jejas kestabilan, kewibawaan parti

KOTA BHARU – Tindakan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis daripada PAS yang menarik balik sokongan kepada Menteri Besar daripada parti itu Disember tahun lepas, menjejaskan kestabilan dan kewibawaan parti berkenaan sebagai pemerintah di negeri berkenaan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti melihat episod itu sebagai satu pengajaran yang perlu diambil serius, lapor BH Online.

Sebagai rekod, tiga bekas ADUN itu ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).

Sambil melahirkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku, beliau berkata, tumpuan yang lebih penting ketika kini adalah mengambil iktibar daripada insiden terbabit bagi memperkukuh parti pada masa hadapan.

“Tindakan tiga ADUN itu menjejaskan kestabilan dan kewibawaan PAS sebagai parti pemerintah di Perlis.

“Walaupun kita berasa kecewa, apa yang lebih utama ialah pengajaran yang mesti diambil daripada insiden ini.

“Ketiga-tiga bekas ADUN Perlis terbabit sudah mengemukakan permohonan untuk menyertai semula PAS dan permohonan itu akan diproses mengikut prosedur standard parti,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan, keputusan parti tidak dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya berlandaskan panduan dan pertimbangan teliti termasuk mengambil iktibar daripada sejarah Islam.

Beliau berkata, PAS kekal sebagai sebuah parti terbuka dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin bersama dalam perjuangan menegakkan nilai Islam dalam pentadbiran negara.

“PAS tidak pernah menghalang mana-mana individu daripada menjadi ahli, sama ada pemohon baharu, mereka yang pernah dipecat, atau mereka yang keahliannya terbatal,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button