POLITIK

Isham Jalil mohon sertai PAS

CYBERJAYA – Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Isham Jalil memaklumkan telah memohon menyertai PAS.

Isham dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau mengisi dan menghantar borang permohonan untuk menjadi ahli PAS, semalam.

“Setelah tiga tahun tidak berparti, saya mengambil keputusan untuk meneruskan perjuangan bersama PAS. PAS adalah tempat orang-orang Islam dan orang-orang Melayu berteduh kini.

“Saya ingin bersama-sama menguatkan payung besar orang-orang Islam dan Melayu di negara ini,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.

Dalam hantaran sama, Isham turut mengimbau kembali perjalanan politik yang dilaluinya sehingga beliau dipecat daripada UMNO pada 2023.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakan seperjuangan sepanjang berada dalam UMNO, PAS serta parti lain, termasuk mereka yang tidak menyertai mana-mana parti politik.

Isham kemudiannya turut menyifatkan PAS sebagai parti yang bersih daripada rasuah dan percaya parti itu mampu membawa perubahan sekiranya diberi mandat mentadbir negara.

Sementara itu, Ketua PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar di akaun Facebook miliknya mengesahkan perkara tersebut.

Mohd Sukri berkata, beliau bertindak selaku pencadang kepada permohonan Isham manakala Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bertindak selaku penyokong.

Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsi sekeping gambar menunjukkan Isham sedang melengkapkan borang permohonan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button