BERITA SEMASA

Anggota JPJ maut, rakan parah dirempuh lori

KUALA LUMPUR – Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut, manakala rakannya cedera parah selepas kenderaan jabatan itu dirempuh sebuah lori di Kilometer 256 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran susur Senawang, pada malam semalam.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua anggota berkenaan sedang menjalankan rondaan mengikut syif masing-masing di lebuh raya terbabit.

Menurutnya, berdasarkan laporan awal, kenderaan JPJ itu sedang melakukan rondaan sebelum menahan sebuah lori di lorong kecemasan berhampiran persimpangan Senawang.

“Secara tiba-tiba, sebuah lori melanggar bahagian belakang kenderaan JPJ dan lori kontena berkenaan sehingga mengakibatkan kemalangan,” memetik Buletin TV3 online.

Beliau berkata, seorang anggota disahkan meninggal dunia, manakala seorang lagi cedera parah dan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Aedy Fadly berkata, JPJ akan memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan, termasuk kemungkinan berlaku kecuaian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button