JENAYAH & MAHKAMAH

Dua beranak maut, SUV terbabas di Jalan Jerangau-Jabor

DUNGUN – Perjalanan sebuah keluarga berakhir tragedi apabila dua beranak maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Kilometer 59, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Jerangau, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.10 petang itu, mangsa yang merupakan seorang wanita bersama anaknya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Difahamkan, tiga lagi ahli keluarga yang berada dalam kenderaan jenis Perodua Aruz tersebut turut mengalami kecederaan parah.

Bagaimanapun, identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti setakat ini.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut, manakala tiga lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button