BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

191 maut sepanjang tiga hari awal Festival Songkran

BANGKOK – Sekurang-kurangnya 191 orang maut dalam kemalangan jalan raya sepanjang tiga hari pertama sambutan perayaan Songkran di negara ini.

Perayaan Tahun Baharu Thai yang sinonim dengan pesta air selama seminggu itu mencatatkan peningkatan mendadak kes kemalangan, kecederaan dan kematian.

Data rasmi pihak berkuasa menunjukkan sebanyak 951 kemalangan direkodkan dalam tempoh tersebut, melibatkan 911 mangsa yang cedera.

Menurut pihak berkuasa Thailand, hari pertama sambutan menyaksikan 51 kematian, sekali gus menjadi antara tempoh paling kritikal sepanjang perayaan berkenaan.

Walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai langkah termasuk kempen keselamatan jalan raya dan penguatkuasaan lebih ketat terhadap pemandu mabuk termasuk penambahan sekatan jalan raya, jumlah korban masih kekal tinggi.

Siasatan mendapati faktor utama kemalangan maut adalah pemanduan laju yang menyumbang hampir 42 peratus kes, diikuti pemanduan di bawah pengaruh alkohol sebanyak 27.4 peratus.

Selain itu, tingkah laku berisiko seperti tidak memakai topi keledar turut dikenal pasti sebagai antara penyumbang utama.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand memaklumkan, kebanyakan kemalangan berlaku antara pukul 3.01 petang hingga 6.00 petang, iaitu waktu puncak pergerakan pengguna jalan raya sepanjang perayaan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button