LUAR NEGARA

Pemain Yala FC maut dipanah petir ketika perlawanan di Narathiwat

NARATHIWAT – Seorang pemain bola sepak Yala FC maut selepas dipanah petir ketika berlangsungnya perlawanan Piala Kolok FA di Sungai Kolok, Narathiwat, Thailand petang tadi.

Mangsa, Sofwan Awae, yang mewakili Yala FC, disahkan meninggal dunia akibat sambaran petir tersebut.

Dalam kejadian sama, sembilan lagi pemain dilaporkan cedera.

Difahamkan, Sofwan baru sahaja menandatangani kontrak baharu bersama kelab itu tidak lama sebelum insiden tragis berkenaan berlaku.

Susulan kejadian itu, pelbagai pihak dalam komuniti bola sepak Thailand menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Padang sukan terbuka dikenal pasti sebagai antara lokasi paling berbahaya ketika ribut petir kerana tiada perlindungan, manakala pemain yang berada di kawasan lapang berisiko menjadi sasaran sambaran petir.

Garis panduan keselamatan antarabangsa mengesyorkan peraturan 30-30, iaitu jika bunyi guruh kedengaran dalam tempoh 30 saat selepas kilat, semua aktiviti perlu dihentikan serta-merta kerana ribut berada pada jarak yang berbahaya.

Permainan hanya boleh disambung sekurang-kurangnya 30 minit selepas bunyi guruh terakhir.

Pondok pemain, pokok dan pagar logam tidak memberikan perlindungan daripada sambaran petir sebaliknya, orang ramai disarankan berlindung di dalam bangunan kukuh atau kenderaan bertutup.

Thailand merekodkan puluhan kematian akibat sambaran petir setiap tahun, khususnya sepanjang musim hujan, dengan kebanyakan insiden berlaku di kawasan lapang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button