JENAYAH & MAHKAMAH
Suami pukul isteri guna dumbel hingga maut direman 7 hari
SHAH ALAM – Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya sehingga maut dengan menggunakan alat senaman, dumbel direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman sehingga 22 Disember itu dibenarkan Timbalan Pendaftar Saidatul Akmar Suberi terhadap lelaki yang tidak mempunyai kerja tetap itu selepas permohonan dikemukakan polis hari ini.
Terdahulu, lelaki berusia 38 tahun tiba di perkarangan Mahkamah Shah Alam dengan memakai pakaian lokap itu diiringi pegawai dan anggota polis pada 9.20 pagi.
Semalam, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, seorang wanita maut dipercayai dipukul menggunakan dumbel oleh suaminya akibat cemburu di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, dekat sini.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








