BERITA SEMASALUAR NEGARA

Arak tiruan ragut 23 nyawa di Kuwait, pihak berkuasa serbu kilang

KUWAIT – Pihak berkuasa Kuwait menahan seramai 67 individu dipercayai terlibat dalam penghasilan dan pengedaran minuman beralkohol tiruan yang meragut 23 nyawa dalam beberapa hari lalu.

Kementerian Dalam Negeri Kuwait dalam kenyataan di platform X memaklumkan, pihaknya menyerbu enam kilang beroperasi serta empat lagi yang belum beroperasi di kawasan perumahan dan perindustrian.

Walaupun Kuwait melarang sepenuhnya pengimportan dan pengeluaran minuman beralkohol, terdapat pihak yang menghasilkan arak secara haram di lokasi tersembunyi tanpa kawalan keselamatan, sekali gus mendedahkan pengguna kepada risiko keracunan.

Kementerian Kesihatan pula pada Khamis mengesahkan kes keracunan metanol meningkat kepada 160 dengan 23 kematian yang kebanyakannya melibatkan warga Asia.

Sebelum ini pihak berkuasa melaporkan 13 kematian akibat kejadian yang sama.

Susulan itu, seorang warga Bangladesh yang dikenal pasti sebagai ketua sindiket ditahan, manakala salah seorang suspek, warga Nepal, mendedahkan cara penyediaan dan penjualan arak berbahaya itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button