BERITA SEMASA

TPM Fadillah selamat jalani pembedahan pintasan jantung, kini stabil

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Fadillah Yusof selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Rabu lalu.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa beliau kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani proses pemulihan.

“Beliau dan keluarga turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh pasukan perubatan IJN atas komitmen, kepakaran serta layanan profesional sepanjang proses rawatan beliau.

“Penghargaan dan ucapan terima kasih turut ditujukan kepada kementerian, masjid, surau, rumah ibadat, agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sanak saudara, sahabat handai serta seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan dan memberikan sokongan kepada beliau,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pembedahan tersebut dilaksanakan pada 12 Ogos lalu dan perkembangan kesihatan Timbalan Perdana Menteri akan terus dipantau sepanjang tempoh pemulihan.

Dalam pada itu, Pejabat Timbalan Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas doa dan keprihatinan yang diberikan kepada beliau sekeluarga.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button