BERITA SEMASADALAM NEGERI

Dua remaja maut, seorang parah kereta terbabas langgar tembok konkrit

JOHOR BAHRU – Dua remaja maut, manakala seorang lagi parah apabila kereta dipandu mereka terbabas sebelum melanggar tembok konkrit di Susur Kilometer 14, Lebuhraya Iskandar Sultan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, pihak polis menerima laporan kemalangan itu kira-kira pukul 4.25 pagi.

Beliau menjelaskan, kemalangan membabitkan sebuah Perodua Ativa yang dipandu remaja lelaki berusia 19 tahun, dengan seorang remaja perempuan 16 tahun di tempat duduk penumpang hadapan dan seorang lagi remaja lelaki 18 tahun di tempat duduk penumpang belakang.

“Kereta dinaiki tiga rakan itu dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Tampoi. Setibanya di lokasi kejadian, pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tembok konkrit di sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Radin Ramlan berkata, pemandu dan penumpang hadapan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987**. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat, **Inspektor Zulhisyam Aziz di talian 019-7432966.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button