BERITA SEMASALUAR NEGARASUKAN

Penonton maut, dua cedera ketika Rally Sudamericano

BUENOS AIRES – Seorang maut manakala dua lagi cedera susulan kemalangan semasa Rally Sudamericano di Argentina, semalam.

Menurut Reuters, kemalangan terjadi apabila kereta dipandu Didier Arias dan jurumudi, Hector Nunez melanggar tebing lalu terbalik dan memasuki kawasan penonton.

Bagaimanapun, menurut Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Arias dan Nunez tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“FIA amat berdukacita dengan insiden tragis yang berlaku hari ini (semalam) semasa pusingan kedua Kejohanan Rali FIA CODASUR di Rally Sudamericano Mina Clavero, di mana seorang penonton kehilangan nyawa dan dua lagi cedera,” kata FIA dalam satu kenyataan.

“FIA akan memberikan sokongan penuh kepada penganjur Rally Sudamericano Mina Clavero, Automóvil Club Argentino (ACA), CODASUR serta pihak berkuasa tempatan berkaitan dalam siasatan terhadap insiden ini,” kata kenyataan itu lagi.

Kemalangan itu berlaku sehari selepas kemalanga tujuh kenderaan semasa sesi kelayakan ADAC 24h Nürburgring di Jerman yang menorbankan pemandu Juha Miettinen dan mencederakan enam yang lain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button