Guru besar maut kemalangan, kereta dipandu terbabas dan terbakar
BERA – Seorang guru besar maut akibat kemalangan selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbakar dalam satu kejadian di Jalan Utama Kampung Guai, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, mangsa, Mohd Sabri Bakar, 59, dalam perjalanan pulang ke rumahnya ketika insiden berlaku pada pukul 6.30 petang.
“Mangsa sebelum itu pergi ke rumah abangnya. Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Proton Preve yang dipandu mangsa terbabas ke bahu jalan dan terbakar hampir 80 peratus.
“Bagaimanapun orang awam sempat mengeluarkan mangsa daripada kenderaan itu sebelum ia terbakar,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.
Zulkiflee menjelaskan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Bera untuk proses bedah siasat.
Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








