BERITA SEMASA

Bas terbalik, Lebuhraya KL-Karak sesak teruk

BUKIT TINGGI – Satu kemalangan melibatkan sebuah bas terbalik dilaporkan di KM51.4 di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Timur pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7.50 pagi di laluan dari Bukit Tinggi menghala ke Lentang, Pahang.

Susulan kejadian, semua lorong di kawasan kemalangan terhalang dan menyebabkan kesesakan yang teruk.

Difahamkan, dua penumpang, iaitu seorang lelaki dan seorang wanita dilaporkan maut dalam kejadian itu.

Ketika kejadian, bas berkenaan difahamkan membawa 19 penumpang dan seorang pemandu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button