BERITA SEMASA

Dua pelancong China maut kereta dinaiki dihempap pokok tumbang

GEORGE TOWN – Dua pelancong China maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di pekarangan Rumah Agam Pinang Peranakan di Lebuh Gereja, di sini petang tadi.

Mangsa, lelaki berusia lingkungan 50-an dan wanita dipercayai anaknya yang berusia lingkungan 30-an, dipercayai berada dalam kereta tersebut ketika kejadian.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa, dipercayai warga tempatan yang turut berada dalam kereta itu, difahamkan sempat menyelamatkan diri.

Berdasarkan maklumat, anggota bomba mengambil masa tiga jam untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang terperangkap dalam kenderaan berkenaan.

Ketua Operasi yang juga Penguasa Bomba Zon Daerah Timur Laut, Muhammad Syafiq Noor Azman, berkata pihaknya berdepan kesukaran mengeluarkan mangsa yang tersepit berikutan lokasi kejadian sempit dan ruang terhad untuk membawa masuk kren.

“Maklumat awal diterima mangsa baru sahaja masuk ke dalam kereta selepas keluar dari premis terbabit dan pemerhatian mendapati pokok sebesar kira-kira tiga pemeluk itu melekat pada bangunan.

“Jadi pokok itu tumbang dan membawa sekali runtuhan bongkah konkrit lalu menghempap tiga kereta yang diparkir di lokasi kejadian,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button