
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia, jumlah terkini 16 orang
KUALA LUMPUR – Seorang lagi jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci, menjadikan jumlah keseluruhan jemaah haji yang meninggal dunia setakat ini adalah 16 orang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, Abd Rahman Yusof, 71, dari kumpulan KT059, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Saudi German pada pukul 11 malam.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru yang menyebabkan kegagalan organ dalaman (septic shock secondary pneumonia with multi-organ failure).
Rahman yang berasal dari Johor dilaporkan ditemani oleh anak perempuannya, Siti Rafidah Abd Rahman, yang turut berada di Tanah Suci ketika kejadian.
Pihak Tabung Haji dan petugas haji Malaysia sedang memberikan bantuan sepenuhnya kepada keluarga Allahyarham.
“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka diberi kekuatan dalam menghadapi ujian itu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








