Bekas naib presiden AS meninggal dunia
WASHINGTON – Bekas naib presiden Amerika Syarikat (AS), Dick Cheney dilaporkan meninggal dunia, hari ini.
Mendiang,84, meninggal dunia akibat komplikasi pneumonia serta penyakit jantung dan vaskular, menurut kenyataan yang dikeluarkan keluarganya, lapor Reuters.
Cheney merupakan penyokong kuat pencerobohan AS ke atas Iraq pada 2003 dan antara pegawai pentadbiran George W. Bush yang paling lantang memberi amaran mengenai bahaya simpanan senjata pemusnah besar-besaran yang didakwa dimilikki Iraq.
Namun, dakwaan itu sehingga kini masih belum disahkan sebagai benar.
Bekas ahli Kongres dari Wyoming dan setiausaha pertahanan itu sudah pun menjadi pemain utama di Washington ketika gabenor Texas ketika itu, Bush, memilihnya sebagai calon timbalannya dalam pemilihan presiden 2000 yang kemudian dimenangi mereka.
Sebagai naib presiden dari 2001 hingga 2009, Cheney lantang memperjuangkan peluasan kuasa presiden, kerana beliau merasakan bahawa kuasa itu semakin berkurangan sejak skandal Watergate pada 1972 yang memaksa presiden ketika itu, Richard Nixon, meletakkan jawatan.
Mendiang juga memperluaskan pengaruh pejabat naib presiden dengan menubuhkan pasukan keselamatan negara yang sering bertindak sebagai pusat kuasa tersendiri dalam pentadbiran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








