Kontraktor TNB cedera terkena renjatan elektrik
JOHOR BAHRU – Dua kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) cedera akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian di pencawang masuk utama (PMU) Kangkar Tebrau, di sini petang tadi.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Fadzil Yahya, kejadian renjatan itu berlaku sewaktu kerja-kerja penyelenggaraan di pencawang tersebut.
“Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke hospital selepas mendapat rawatan awal Pasukan Keluaran Operasi.
“Kejadian itu turut mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Johor Jaya mengalami gangguan bekalan elektrik,” katanya, hari ini.
Dalam pada itu, TNB menerusi hantaran Facebook TNB Careline memaklumkan, kebakaran di PMU berlaku pada pukul 6 petang dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik.
Pasukan teknikal TNB kemudiannya digerakkan ke lokasi bagi menjalankan kerja pemulihan bekalan elektrik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








