Penguasaan AI, data jadi kunci kejayaan usahawan masa ini
KUALA LUMPUR – Usahawan di negara ini diingatkan kejayaan tidak lagi bergantung kepada kepakaran produk semata-mata, sebaliknya pada kemampuan menguasai keseluruhan ekosistem digital yang kian kompleks.
Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce, Datuk Seri Dr. Zurainah Musa berkata, landskap perniagaan hari ini berada pada tahap syarikat tidak boleh lagi bergantung kepada kaedah pemasaran tradisional, sebaliknya perlu memahami strategi pengiklanan, data dan kecerdasan buatan (AI) secara menyeluruh.
Menurut beliau, sesbuah perniagaan perlu mendominasi keseluruhan ekosistem digital bermula daripada penghasilan kandungan, penciptaan trafik hinggalah kemampuan menukar perhatian audien kepada jualan sebenar.
“Forum ‘Digital & AI: Business War 2026’ dianjurkan bukan sebagai forum biasa, tetapi simulasi pertempuran strategi dunia sebenar bagi mengajar pengasas bagaimana menangi trafik, menangi naratif, menangani pengguna dan akhirnya menangi jualan,” katanya.
Beliau berkata demmikian pada sidang media selepas perasmian forum itu yang disempurnakan Menteri Digital, Gobind Singh Deo di ibu negara, hari ini.
Dalam forum sama, syarikat KNKV Group Sdn. Bhd. turut diumum sebagai rakan Affiliate TikTok.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group, Prof. Adjung Adam Richman berkata, susulan pelantikan tersebut, pihaknya menyasarkan RM100 juta jualan tambahan kepada pelanggan mereka dengan kerjasama itu menjadi pemangkin kepada strategi lebih tersusun dalam membantu pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.
“Kerjasama eksklusif bersama TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas bagi mengubah kehadiran ‘creator-based’ di TikTok menjadi saluran jualan berkesan.
“Diiktiraf sebagai rakan Affiliate TikTok merupakan untuk mempercepatkan kejayaan pelanggan melalui modul dan sokongan bimbingan affiliate yang direka khusus.
“Ini permulaan era di mana jualan berasaskan creator menjadi penyumbang utama kepada pendapatan syarikat,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








