DPIM Putrajaya lancar BMC Blasting Centre, sasar bantu usahawan mikro dan SME
BANGI – Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) Putrajaya memperkenalkan inisiatif terbaharu, Biz Meet Up & Connect (BMC Blasting Centre) bagi membantu para usahawan memasarkan produk dan perkhidmatan secara konsisten di samping menyediakan peluang jaringan perniagaan.
Pengerusi DPIM Putrajaya, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, platform itu diwujudkan bagi mengatasi cabaran yang dihadapi kebanyakan usahawan iaitu kekangan pemasaran dan keberkesanan promosi.
“BMC ini menjadi platform berkumpul, berkenalan dan membuka peluang perniagaan. Yuran keahlian hanya RM120 setahun dan setakat ini kita ada 40 ahli. Tahun ini kita sasarkan 100 ahli dengan matlamat jangka panjang 1,000 ahli,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Malaysia Tribune selepas merasmikan BMC Blasting Centre pada program Biz Meet Up & Connect (BMC) kali ke 7 di Bangi Gateway, hari ini.
Program kali ini turut menampilkan lima slot perkongsian termasuk topik sistem pengiklanan, kepentingan hak harta intelek (IP), peluang perniagaan di pusat beli-belah dan penjanaan pendapatan menerusi pakej percutian.
“BMC Blasting Centre ini kelainan utama berbanding edisi terdahulu kerana selain perkongsian ilmu, ia menawarkan bantuan pemasaran yang berterusan kepada usahawan,” ujar Muhamad Khanafi.
Beliau menambah, program BMC diadakan setiap bulan dengan lokasi kekal di Klang Valley, berhampiran pejabat DPIM Putrajaya.

Salah seorang peserta, rakan kongsi dan peguam syarie firma guaman Mahadi Redzuan & Co, Mohamad Rashid Che Ab. Rahman, menyifatkan BMC sebagai rangkaian penting untuk usahawan Islam.
Mohamad Rashid turut berkongsi kejayaannya disokong penuh oleh isterinya, bekas pensyarah UiTM, ketika beliau menyambung pengajian undang-undang walaupun terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama dua tahun.

Peserta lain, pakar automasi pemasaran Solvy Sdn Bhd, Angela Mohd Sabah, turut mengakui platform itu memberi nilai tambah kepada usahawan dalam membina strategi pemasaran berkesan dan memperluas jaringan perniagaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








