Masih aktif bersukan di usia 53, Mirnawan dilantik duta Gel Amani
SHAH ALAM – Keberkesanan Gel Amani bagi membantu melegakan sakit otot dan sendi sejak lebih sedekad lalu menarik perhatian legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, untuk tampil secara rasmi sebagai duta produk sapuan tersebut.
Menurut Mirnawan, yang digelar ‘The Boss’ dalam arena hoki negara, beliau telah menggunakan Gel Amani sejak 10 tahun lalu bagi melegakan sakit otot dan sendi, khususnya selepas bersukan.
“Saya memang mengamalkan gaya hidup aktif sehingga hari ini kerana saya jenis yang tidak boleh duduk diam dan sentiasa mencari aktiviti sihat. Untuk mengelak kecederaan, saya menggunakan gel lutut sebelum dan selepas bersukan sejak 10 tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pengumuman pelantikannya sebagai duta rasmi Gel Amani yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Amanilife, Leo Adi Putra, di Shah Alam semalam.
Baca juga : Ranking Speedy Tigers jatuh bukan penamat, peluang bangkit masih terbuka – Mirnawan
Olimpian tiga kali yang kini berusia 53 tahun itu berkata, selepas bersara daripada sukan hoki, beliau terus mencari sukan yang sesuai seiring dengan peningkatan usia – yang tidak terlalu memberi tekanan sebaliknya lebih menyeronokkan.
Jelasnya, beliau kini bergiat aktif dalam sukan pickleball sejak tahun lalu kerana ia sesuai dengan usianya namun tetap mampu membakar kalori dalam jumlah yang banyak tanpa menyebabkan keletihan melampau.
“Ketika ini, saya mula aktif dengan sukan pickleball. Sebagai pengguna, saya mahu memberi pendidikan kepada masyarakat agar sentiasa menjalani gaya hidup sihat dan dalam masa yang sama mengelakkan kecederaan,” katanya.
Mirnawan merupakan bekas kapten pasukan hoki kebangsaan dan pernah membawa Malaysia ke beberapa kejohanan antarabangsa termasuk Sukan Olimpik Barcelona 1992, Atlanta 1996 dan Sydney 2000.
Anak kelahiran Melaka itu juga pernah membantu Malaysia meraih pingat perak pada Sukan Komanwel 1998.
Mengulas lanjut, beliau turut berharap agar para atlet yang telah bersara tidak menghentikan aktiviti bersukan secara mengejut, sebaliknya meneruskan aktiviti fizikal bagi memastikan kesihatan tubuh badan terpelihara.
Katanya, ini kerana atlet yang pernah aktif akan terdedah kepada risiko otot mengecil sekiranya terus berhenti daripada sebarang aktiviti.
“Kalau kita atlet, memang badan penuh otot kerana latihan berterusan. Tapi bila berhenti, otot-otot itu akan bertukar menjadi lemak.
“Sepatutnya kita terus mengekalkan gaya hidup sihat kerana metabolisme kita semasa aktif sangat tinggi. Bila tidak lagi aktif, sistem itu ‘tidur’, dan proses penghadaman jadi perlahan.
“Kalau aktif, metabolisme kekal hidup dan efisien. Bila makan, pembakaran kalori berlaku lebih cepat, itu dari segi saintifik,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Amanilife, Leo Adi Putra berkata, pihaknya berbesar hati dengan pelantikan Mirnawan sebagai duta rasmi dan yakin kerjasama ini bakal menjadi pemangkin kepada misi Amanilife mempromosikan gaya hidup sihat kepada masyarakat.
“Amanilife optimis dengan kerjasama ini untuk meneroka pasaran antarabangsa dalam masa terdekat,” katanya.
Mengulas lanjut, Adi Putra berkata, Amanilife kini giat melaksanakan usaha agresif bagi memperluaskan pasaran ke luar negara.
“Singapura sangat ketat dari segi kelulusan. Kami melalui pelbagai tapisan sebelum Gel Amani dibenarkan dijual secara terbuka di sana. Ini membuktikan bahawa produk ini berkualiti dan diyakini,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman rasmi www.amanilife.my atau menghubungi talian WhatsApp di 019-9996686.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








