BISNES & EKONOMI

Maxxan Realty ungguli industri hartanah dengan rangkaian REN Bumiputera terbesar

KUALA LUMPUR – Maxxan Realty mencipta sejarah tersendiri apabila diiktiraf secara rasmi oleh The Asia Records menerusi gelaran Agensi Ejen Perunding Hartanah (REN) Bumiputera Terbesar bagi Tahun 2025.

Pengiktirafan itu mencerminkan pertumbuhan pesat, kepimpinan strategik serta komitmen berterusan syarikat dalam membangunkan rangkaian Perunding Hartanah (REN) Bumiputera terbesar di Malaysia, sekali gus menyumbang kepada perkembangan industri hartanah negara.

Pengasas merangkap Pengarah Urusan Maxxan Realty, Sam Jee Yik Seng berkata, pengiktirafan itu adalah pencapaian membanggakan hasil dedikasi, kecekalan dan profesionalisme seluruh warga kerja syarikat.

“Pencapaian daripada The Asia Records ini adalah hasil dedikasi, kecekalan dan profesionalisme para ejen perunding hartanah, barisan pemimpin serta pasukan sokongan kami.

“Anugerah ini bukan sekadar mengenai saiz rangkaian kami semata-mata, sebaliknya melambangkan kepercayaan yang telah dibina dan komitmen kami untuk terus memperkasakan lebih ramai profesional Bumiputera membina kerjaya berjaya dalam industri ini,” katanya.

Baca juga : MMC Financial Planning cipta rekod Asia, perkukuh standard kewangan korporat bertaraf institusi

Ditubuhkan pada 2017, Maxxan Realty kini berkembang menjadi antara agensi hartanah terkemuka negara dengan rangkaian operasi yang semakin meluas.

Berpandukan visi membuka peluang perniagaan kepada profesional hartanah serta menyediakan penyelesaian menyeluruh, syarikat berkenaan turut membangunkan ekosistem yang memperkasakan profesional hartanah Bumiputera menerusi latihan berstruktur, program bimbingan (mentorship), pembangunan kepimpinan dan inovasi digital.

Pengiktirafan sebagai Agensi REN Bumiputera Terbesar bagi Tahun 2025 itu turut membuktikan komitmen jangka panjang Maxxan Realty dalam mewujudkan peluang kerjaya mampan serta meningkatkan tahap profesionalisme dalam sektor hartanah tempatan.

Mengulas lanjut, Sam berkata, Maxxan Realty turut menghargai sokongan pelanggan dan rakan perniagaan yang menjadi sebahagian daripada perjalanan syarikat itu, selain bertekad untuk terus meningkatkan piawaian industri serta memberi nilai tambah kepada sektor hartanah Malaysia.

Menurutnya, langkah berkenaan selari dengan usaha berterusan Maxxan Realty untuk meluaskan pasaran di peringkat nasional selain memupuk bakat baharu bagi membentuk masa depan industri hartanah negara yang lebih inklusif dan profesional.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button