MMC Financial Planning cipta rekod Asia, perkukuh standard kewangan korporat bertaraf institusi
KUALA LUMPUR – MMC Financial Planning (MMC FP Sdn. Bhd.) melakar sejarah apabila diiktiraf sebagai firma pertama berlesen Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di Asia yang berjaya mengintegrasikan Belanjawan Strategik dengan rangka kerja prestasi organisasi secara menyeluruh.
Pengiktirafan oleh The Asia Records itu bukan sahaja mengukuhkan kedudukan MMC sebagai peneraju dalam reka bentuk struktur kewangan korporat, malah mengisi kelompangan kritikal di rantau Asia Pasifik dalam menyelaraskan pengurusan kewangan dalaman dengan standard pasaran modal.
Pengarah Urusan MMC Financial Planning, Spark Liang berkata, syarikat yang cemerlang tidak terhasil secara kebetulan, sebaliknya merupakan hasil pengiraan tepat dan reka bentuk seni bina kewangan yang strategik.
“Kami amat berbangga kerana model strategik kami ini telah diiktiraf oleh The Asia Records.
“Selama bertahun-tahun, kami telah mengadaptasi model penilaian yang lazimnya digunakan oleh bank pelaburan kepada sebuah sistem operasi perniagaan yang praktikal untuk kegunaan harian.
“Melalui logik kewangan dan mekanisme prestasi kami yang unik, kami telah berjaya merungkai halangan utama dalam perniagaan,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, MMC Financial Planning memaklumkan pencapaian berkenaan sekali gus menetapkan penanda aras baharu untuk industri dalam usaha memacu transformasi syarikat di Malaysia ke arah pemodenan dan pengkomersialan bertaraf institusi.
Syarikat itu menjelaskan, dalam persekitaran pasaran yang semakin mencabar, risiko terbesar bagi sesebuah syarikat bukan lagi sekadar persaingan perniagaan, tetapi ketiadaan logik kewangan dalaman yang kukuh serta kelemahan dalam pelaksanaan organisasi.
Tambahnya, banyak syarikat yang berhasrat untuk berkembang sering terhalang kerana ketiadaan struktur dalaman yang menepati piawaian pasaran modal.
“Berbeza dengan perkhidmatan perakaunan dan audit tradisional yang memfokuskan kepada pematuhan pelaporan atau latihan pengurusan biasa, MMC mempunyai kelebihan teras melalui warisan dan kepakaran pasaran modal lebih tiga dekad yang diwarisi daripada Malacca Securities.
“Sebagai institusi profesional yang memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL/FP) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, MMC menganalisis dan menstruktur semula syarikat melalui lensa pelabur institusi yang ketat serta terperinci,” menurut kenyataan itu.

Spark Liang menambah, syarikatnya memastikan matlamat untuk ‘Menjadikan Keuntungan Sebagai Tanggungjawab Bersama (Make Profit Everyone’s Business)’ bukan sekadar slogan, sebaliknya satu ekosistem yang dipacu oleh data tepat.
Menurut beliau, sistem yang memenangi pengiktirafan berkenaan turut menyelesaikan masalah kekaburan strategi dan kekurangan motivasi secara sistematik melalui tiga modul strategik yang saling berkaitan.
“Antaranya ialah pengiraan tepat melalui pemodelan kewangan institusi menggunakan instrumen Belanjawan Strategik yang dinamik bagi mengira pulangan pelaburan, titik pulang modal serta struktur modal optimum.
“Selain itu, pengagihan adil dilaksanakan melalui struktur insentif berpandukan modal dengan memecahkan sasaran kewangan kepada rangka kerja Petunjuk Prestasi Utama (KPI) berasaskan data.
“Pendekatan itu melindungi keuntungan syarikat di samping memacu motivasi bakat serta mewujudkan penjajaran kepentingan dalam pasukan teras,” katanya.
Mengulas lanjut, Spark Liang berkata, bagi modul ketiga, ia melibatkan peningkatan nilai syarikat melalui pengoptimuman penilaian perniagaan dengan perancangan hala tuju berasaskan matlamat akhir.
“Langkah itu membolehkan nilai syarikat dipertingkatkan sekali gus membuka laluan lebih tersusun untuk aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A), persediaan pra-IPO serta strategi keluar bagi pemegang saham.
“Melalui sistem yang telah dibuktikan keberkesanannya oleh lebih 500 syarikat korporat, MMC kini membantu lebih banyak syarikat bersaiz sederhana dan besar melepasi fasa kritikal pengurusan ke arah lonjakan nilai modal sebenar,” ujarnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung penstrukturan semula model keuntungan syarikat mengikut standard pasaran modal, layari laman web rasmi di: https://mmc.financial/
Sementara itu, pencalonan bagi The Asia Records kini dibuka secara rasmi dan orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web rasmi di www.theasiarecords.com atau menghubungi talian 012-288 6132.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |











