Bartech Beautee sasar pasaran Asia, angkat keyakinan wanita melalui inovasi produk kecantikan
KUALA LUMPUR – Industri kecantikan tempatan menyaksikan pertumbuhan memberangsangkan dengan kemunculan jenama-jenama baharu yang mengetengahkan inovasi serta keperluan pengguna moden, termasuk Bartech Beautee yang mengambil pendekatan berteraskan keyakinan diri wanita.
Jenama berkenaan bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek penjagaan kecantikan, malah turut menekankan elemen keyakinan diri dan gaya hidup sihat selaras dengan perubahan trend serta permintaan pengguna masa kini.
Pengasas dan Pengarah Bartech Empire, Nurul Adlinna Mohammad Bakri berkata, setiap produk yang dihasilkan melalui proses penyelidikan serta pemilihan bahan secara teliti bagi memastikan ia selamat dan sesuai digunakan pelbagai lapisan pengguna.
“Wanita hari ini bukan sahaja mencari produk kecantikan yang berkesan, tetapi juga mahu jenama yang memahami keperluan gaya hidup mereka.
“Kami mahu tampil sebagai jenama yang dekat dengan pengguna serta memberi pengalaman penjagaan diri yang lebih menyenangkan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, Bartech Beautee turut giat memperkukuhkan kehadiran di platform digital dan media sosial bagi mendekati lebih ramai pengguna, khususnya generasi muda yang semakin peka terhadap penjagaan diri dan penampilan.
Pendekatan pemasaran moden serta sokongan komuniti pengguna yang semakin berkembang dilihat menjadikan jenama itu antara produk tempatan yang berpotensi untuk terus berkembang dalam industri kecantikan negara.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bartech Empire, Shaharuddin Karim berkata, pihaknya kini dalam perancangan memperkenalkan sistem Bartech to AI yang membolehkan pengguna melakukan imbasan kulit wajah secara dalam talian melalui laman web.
“Sistem AI ini membantu pelanggan mengimbas kulit tanpa perlu pergi ke pusat kecantikan.
“Selain menjimatkan masa dan kos, sistem ini juga lebih fleksibel dan efektif bagi membantu pelanggan mendapatkan produk yang sesuai,” katanya.
Beliau berkata, Bartech Beautee turut menyasarkan pasaran Indonesia selain sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan sijil halal JAKIM.
Jenama yang dilancarkan secara rasmi pada tahun 2023 itu turut mencatat pencapaian membanggakan apabila menerima pengiktirafan Anugerah Bumiputera Bestbrands 2026 bagi kategori Consumer Cosmetics serta The BrandLaureate Bumiputera BrandLeadership Award 2026 bagi kategori Beauty & Cosmetics.
Selain itu, Bartech Beautee juga bakal memperkenalkan aplikasi sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang memudahkan pengguna menganalisis keadaan kulit secara dalam talian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








