ST Rosyam Mart perluas rangkaian, perkukuh kedudukan dalam industri peruncitan
KUALA LUMPUR – Rangkaian pasar raya borong tempatan, ST Rosyam Mart terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri peruncitan apabila mencatat pertumbuhan memberangsangkan sehingga diiktiraf oleh The Asia Records sebagai rangkaian hipermarket borong 24 jam paling pesat berkembang bagi tahun 2025.
Kejayaan itu didorong oleh strategi operasi berteraskan keperluan pelanggan, termasuk pelaksanaan waktu operasi 24 jam serta penawaran pelbagai produk pada harga kompetitif yang berjaya menarik pangkalan pelanggan lebih luas.
Ketua Pegawai Operasi ST Rosyam Mart, Raymond Ho berkata, pengiktirafan tersebut mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan tanpa mengira masa.
“Pencapaian ini melambangkan usaha kami dalam memastikan pelanggan sentiasa mendapat akses kepada barangan keperluan pada bila-bila masa,” katanya dalam kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, ST Rosyam Mart terus memperluaskan rangkaiannya apabila membuka cawangan baharu di Jakel Square, Kuala Lumpur pada Disember lalu yang turut beroperasi 24 jam sehari sepanjang tahun.
Cawangan tersebut direka sebagai destinasi sehenti yang bukan sahaja menawarkan barangan keperluan harian, malah menyediakan ruang yang selesa untuk pelanggan singgah dan berehat di tengah kesibukan bandar raya.
Baca juga : Taman perindustrian pintar pertama negara, NSIP terima pengiktirafan The Asia Records
Menurut Raymond, matlamat utama syarikat adalah membantu pengguna serta peniaga menjimatkan kos dan masa, di samping memastikan bekalan produk halal yang berkualiti ditawarkan pada harga mampu milik.
Sempena pembukaan itu, pelbagai inisiatif diperkenalkan termasuk slogan ‘selamatkan dompet warga kota’ sebagai komitmen mengekalkan harga borong walaupun beroperasi di lokasi strategik dengan kos sewaan tinggi.
“Walaupun kos operasi di Kuala Lumpur lebih tinggi, kami tetap mengekalkan harga jualan borong seperti di cawangan lain,” ujarnya.
Selain menawarkan pelbagai barangan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, pasar raya itu turut menyediakan lebih 20 perkhidmatan percuma kepada pelanggan, antaranya kemudahan air minuman, pinjaman power bank, khidmat memotong daging, pinjaman payung serta bantuan asas kenderaan.
Dalam pada itu, ST Rosyam Mart merancang untuk terus mengembangkan perniagaan dengan pembukaan cawangan baharu di Melaka dan Johor, selain meninjau peluang di Pantai Timur dan Pantai Barat bagi memperluas capaian pasaran.
Sementara itu, pencalonan bagi The Asia Records kini dibuka secara rasmi dan orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web rasmi di www.theasiarecords.com atau menghubungi talian 012-288 6132.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








