TCL perkenal SQD-Mini LED 2026, sasar dominasi segmen TV premium di Malaysia
KUALA LUMPUR – Syarikat teknologi global TCL terus memperkukuh kedudukan dalam pasaran Malaysia apabila memperkenalkan strategi produk 2026 dengan pelancaran teknologi paparan baharu SQD-Mini LED, sekali gus menyasarkan penguasaan lebih besar dalam segmen pertengahan hingga premium.
Pengarah Urusan TCL Malaysia, Ms Carolyn berkata, Malaysia merupakan pasaran strategik penting dalam pengembangan ekosistem Smart IoT TCL, khususnya dengan pengenalan teknologi baharu yang disifatkan sebagai penanda aras industri.
Beliau berkata, langkah itu disokong prestasi kukuh kumpulan berkenaan di peringkat global, termasuk penghantaran lebih 30 juta unit televisyen pada tahun 2025 serta penguasaan 50 peratus pasaran Mini LED dunia, menjadikannya antara peneraju utama industri paparan global.
“Dengan teknologi SQD-Mini LED, kami bukan sekadar melancarkan produk, tetapi menetapkan standard baharu dalam segmen premium,” katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, kepimpinan TCL dalam teknologi Mini LED turut diperkukuh melalui pelaburan besar oleh TCL CSOT yang membangunkan teknologi paparan generasi baharu termasuk OLED cetakan inkjet, Micro-LED dan Mini-LED, dengan pelaburan hampir RM170 bilion.
Dalam pada itu, TCL memaklumkan teknologi SQD-Mini LED menawarkan kelebihan ketara berbanding OLED dari segi kecerahan, jangka hayat dan kos pemilikan, selain menghapuskan risiko burn-in yang sering menjadi isu pengguna.
Siri televisyen 2026 yang diperkenalkan termasuk model flagship X11L dengan kecerahan puncak sehingga 10,000 nits serta 20,736 zon peredupan tepat, disasarkan untuk segmen ultra-premium, manakala siri C8L dan C7L pula mensasarkan pasaran premium arus perdana.
Kesemua model turut dilengkapi sistem audio yang ditala oleh Bang & Olufsen, sekali gus memperkukuh pengalaman hiburan pengguna.

Selain televisyen, TCL turut memperkenalkan produk penyaman udara VoxIN dengan teknologi T-AI yang mampu menjimatkan sehingga 37 peratus tenaga, serta ciri kawalan suara luar talian dan pembersihan kendiri bagi meningkatkan kemudahan pengguna.
Portfolio peralatan rumah jenama itu turut diperluas menerusi peti sejuk terbina dalam nipis dengan teknologi pensterilan T-Fresh serta mesin basuh berkapasiti besar yang menyasarkan pengguna bandar premium di Malaysia.
Secara keseluruhan, TCL mengekalkan momentum pertumbuhan kukuh dengan peningkatan hasil global daripada RM96 bilion pada 2020 kepada RM206 bilion pada 2025, dengan pertumbuhan pesat juga dicatatkan dalam pasaran luar negara.
TCL sebelum ini turut diumumkan sebagai rakan global Sukan Olimpik Los Angeles 2028, sekali gus mengukuhkan lagi jenama tersebut di pentas antarabangsa melalui integrasi teknologi paparan terkini dalam acara sukan terbesar dunia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








