Taman perindustrian pintar pertama negara, NSIP terima pengiktirafan The Asia Records
KUALA LUMPUR – The Asia Records mengiktiraf NCT Smart Industrial Park sebagai Taman Perindustrian Pintar Berurus (IR4.0) pertama pada 2025, sekali gus mengangkat projek itu sebagai perintis dalam penyepaduan teknologi canggih bagi inovasi perindustrian.
Pengiktirafan berprestij tersebut menonjolkan peranan NCT Smart Industrial Park di bawah kepimpinan Yap Chun Theng dalam memacu pembangunan industri pintar dan mampan.
Menurut Yap Chun Theng, sejak dilancarkan pada 2023 dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM10 bilion, taman tersebut dibangunkan merentasi lima fasa bermula dengan 270 unit kilang berkembar, berkembar setengah, kluster dan teres, selain lot tanah perindustrian.
“NCT Smart Industrial Park telah membuktikan dirinya sebagai peneraju dalam sektor perindustrian dengan melaksanakan teknologi Industri 4.0 untuk meningkatkan kecekapan, ketersambungan dan kemampanan.
“Pembangunan ini menampilkan infrastruktur bertaraf dunia, termasuk jalan raya selebar 220 kaki, kuarters pekerja berpusat (CLQ) berkuasa AI, sistem digital twin berasaskan awan serta penyelesaian ESG termaju seperti bumbung sedia solar dan sistem tebatan banjir.
“Fasa 2 dan 3 akan memperluaskan tawaran perindustrian, manakala Fasa 4 dan 5 akan memperkenalkan komponen komersial seperti stesen minyak dan lot kedai, sekali gus memperkukuh visi taman ini sebagai ekosistem bersepadu sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga : MMC Financial Planning cipta rekod Asia, perkukuh standard kewangan korporat bertaraf institusi
Merangkumi kawasan seluas 732 ekar di Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS), NCT Smart Industrial Park (NSIP) merupakan Taman Perindustrian Berurus (MIP) pertama di Malaysia yang menetapkan penanda aras baharu dalam pembangunan sektor berkenaan.
Terletak berhampiran hab logistik utama seperti KLIA, KLIA2, Pelabuhan Klang serta Lebuhraya Pantai Barat (WCE), NSIP menawarkan ketersambungan melalui udara, laut dan darat.
Tambah Chun Theng, pengiktirafan daripada The Asia Records tersebut menegaskan peranan NCT Smart Industrial Park dalam memacu masa depan taman perindustrian.
“Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi kami terhadap inovasi, penyepaduan teknologi dan pertumbuhan industri yang mampan. Kami akan terus menerajui penyelesaian industri pintar.
“Kejayaan ini menandakan satu lagi pencapaian signifikan buat NCT Smart Industrial Park, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam pembangunan industri pintar,” katanya.
Kejayaan tersebut turut dipaparkan dalam The Asia Records Book of Achievements 2025/2026 yang boleh didapati di kedai buku utama serta laman web rasmi The Asia Records.
Sementara itu, pencalonan bagi The Asia Records kini dibuka secara rasmi dan orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web rasmi di www.theasiarecords.com atau menghubungi talian 012-288 6132.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








