BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Daelife Green Plus catat jualan memberangsangkan, ungguli pasaran makanan tambahan kesihatan

KUALA LUMPUR – Syarikat produk makanan tambahan kesihatan, Daelife Green Plus mencatat sejarah tersendiri apabila diiktiraf oleh The Asia Records selepas merekodkan jumlah jualan produk makanan tambahan tertinggi bagi tahun 2025.

Pengiktirafan tersebut diperoleh di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Danson KC, sekali gus menonjolkan komitmen syarikat dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan melalui produk yang dirumus secara saintifik.

Menurut Danson, pencapaian itu mencerminkan dedikasi syarikat terhadap kualiti selain kepercayaan tinggi pengguna dalam industri produk makanan tambahan kesihatan.

“Kejayaan Daelife Green Plus mencerminkan dedikasi mereka terhadap kualiti dan kepercayaan pengguna dalam industri kesejahteraan.

“Kami berbangga dapat mencatatkan rekod ini dan berterima kasih kepada pelanggan atas kepercayaan mereka terhadap produk kami.

“Pencapaian ini memberi motivasi kepada kami untuk terus berinovasi dalam bidang suplemen kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan pada 2019, syarikat itu muncul sebagai antara platform e-dagang penjagaan kesihatan di Malaysia.

“Seiring peningkatan kesedaran berkaitan kepentingan kesihatan, syarikat kami berpegang teguh kepada misi untuk menyediakan kualiti terbaik buat pengguna kami.

“Melalui penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun, kami telah menyaksikan produk Daelife Green Plus berjaya membantu meningkatkan gaya hidup insan-insan tersayang.

“Oleh itu, kami yakin untuk melancarkan produk kami demi membantu lebih ramai orang,” katanya.

Atas kejayaan tersebut, produk makanan tambahan itu turut meraih pelbagai pengiktirafan termasuk Asia Honesty Enterprise Award, Asia’s Top 100 Honesty Brand Awards, Asia Honesty Product Award dan Asia Honesty Entrepreneur Award.

Menurut beliau, produk Daelife Green Plus menggunakan bahan semula jadi sepenuhnya bagi memastikan kualiti terbaik kepada pengguna.

“Produk ini mampu membawa kesihatan yang lebih baik kepada orang ramai di seluruh dunia,” katanya.

Dalam pada itu, Daelife Green Plus turut dipaparkan dalam buku pencapaian Asia Record Book 2025/2026 yang boleh didapati di kedai buku utama serta secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi The Asia Records.

Sementara itu, pencalonan bagi The Asia Records kini dibuka secara rasmi dan orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web rasmi di www.theasiarecords.com atau menghubungi talian 012-288 6132.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi The Asia Records atau menghubungi talian WhatsApp yang disediakan, selain melayari laman sesawang rasmi Daelife Green Plus.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button