BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

JOMHotel.com dilantik platform tempahan hotel rasmi Rain Rave Water Music Festival 2026

KUALA LUMPUR – JOMHotel.com dilantik sebagai platform tempahan hotel rasmi sempena Rain Rave Water Music Festival 2026, sebuah acara pelancongan berskala nasional yang dianjurkan oleh The Fame dengan sokongan penuh Tourism Malaysia.

MenurutJOMHotel.com, pihaknya akan memudahkan pengunjung mendapatkan penginapan sepanjang festival berlangsung, khususnya memandangkan beberapa laluan utama dijangka ditutup dan boleh menjejaskan pergerakan pulang ke rumah.

“JOMHotel.com menawarkan kadar harga yang kompetitif dan berpatutan kepada semua pengunjung yang memilih untuk menginap di sekitar lokasi acara,” meenurut kenyataan platform tempahan hotel dalam talian 100 peratus milik Malaysia itu.

Sebagai rekod, Rain Rave Water Music Festival 2026 bakal menjadi antara tarikan utama tahun ini menerusi konsep hiburan air dan muzik yang unik serta penuh energi.

Festival yang akan berlangsung bermula esok hingga 2 Mei 2026 di Bukit Bintang itu dijangka menarik pengunjung tempatan dan antarabangsa, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan di rantau ini.

Dikenali sebagai acara yang menggabungkan elemen muzik, air serta suasana festival yang imersif, penganjuran edisi 2026 ini menawarkan pengalaman berbeza berbanding festival konvensional, selain memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan dan hiburan negara.

Menurut JOMHotel.com lagi, keunikan platform berkenaan terletak pada konsep *same-day stay*, iaitu tempahan hanya boleh dibuat untuk penginapan pada hari yang sama.

Jelasnya, tempahan yang dibuat pada 30 April hanya sah untuk malam 30 April sahaja, manakala lanjutan penginapan perlu dibuat secara tempahan baharu pada hari berikutnya.

“Pendekatan tersebut membolehkan JOMHOTEL.COM menawarkan kadar yang lebih rendah dan kompetitif berbanding tempahan konvensional, sekali gus memberi nilai tambah kepada pengguna yang mencari penginapan segera pada harga terbaik,” tambah JOMHotel.com.

Sementara itu, pihak JOMHotel.com turut merakamkan penghargaan kepada The Fame dan Tourism Malaysia atas peluang kerjasama dalam menjayakan Rain Rave Water Music Festival 2026, yang dilihat sebagai platform penting dalam merancakkan sektor pelancongan domestik.

Orang ramai turut digalakkan menyertai program keahlian JOMHOTEL.COM bagi menikmati pelbagai tawaran eksklusif dan diskaun menarik sepanjang tahun.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan penginapan, layari laman sesawang https://jomhotel.com/

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button