BERITA SEMASA

Banjir: Mangsa di Kedah meningkat kepada 192 orang

KUALA LUMPUR –Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah meningkat kepada 192 orang daripada 71 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 176 orang daripada 66 keluarga semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah berkata, semua mangsa dari Kampung Teroi Bukit dan Kampung Titi Teras di daerah Yan ditempatkan di tiga PPS.

“Seramai 91 mangsa daripada 32 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Teroi, manakala 36 mangsa daripada 17 keluarga berada di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Eng.

“Dewan Lestari Guar Chempedak pula menempatkan 65 mangsa daripada 22 keluarga,” memetik Awani online.

Di Perlis, Dewan Batu 5 di Kangar masih dibuka sebagai pusat transit untuk 16 mangsa banjir daripada tujuh keluarga setakat 8 pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud, berkata jumlah mangsa banjir kilat dari Kampung Telok itu kekal seperti petang semalam, dengan kawasan kediaman penduduk masih mengalami banjir termenung.

“APM Perlis akan terus memantau keadaan dan PPS akan dibuka secara rasmi sekiranya banjir bertambah buruk,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button