BERITA SEMASA

Urusan perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS belum dimuktamadkan

PUTRAJAYA – Urusan perkhidmatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, masih dalam proses untuk dimuktamadkan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, pihaknya mengambil perhatian dan menghargai pandangan masyarakat berhubung urusan perkhidmatan pegawai berkenaan.

KDN akan memastikan urusan berkenaan dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa.

“Pada masa ini, urusan perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS masih dalam proses untuk dimuktamadkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KDN berkata, penubuhan AKPS yang kini memasuki tahun kedua bertujuan memperkukuh pengurusan kawalan dan perlindungan sempadan negara.

Sehubungan itu, KDN memberi keutamaan kepada usaha memastikan AKPS terus berupaya melaksanakan peranannya secara optimum bagi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara.

Menurut KDN, AKPS juga berperanan memastikan kelancaran urusan di sempadan, melindungi hasil negara serta memperkukuh integriti dan disiplin dalam pelaksanaan tugas.

“KDN turut memberikan perhatian kepada kesinambungan operasi dan kelancaran pelaksanaan tugas di AKPS dalam menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawai,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button